Pages

Tuesday 27 March 2012

YAB Ketua Menteri Melaka Turun Padang Jumpa Mahasiswa.


 Peluang untuk rakyat bersemuka ‘muka ke muka’  dengan pemegang tampuk kerajaan sesebuah negeri  adalah agak sukar di sesetengah tempat. Namun ianya tidaklah sesukar mana jika tampuk itu diterajui oleh pemimpin yang setiap hari turun padang seperti di Melaka.

Bertempat di perkarangan Hang Tuah Cafe,  Sesi Kopi Tarik Santai Laman Portal dan Media Sosial YAB Ketua Menteri Melaka bersama warga mahasiswa dan pengguna media sosial telah menarik himpunan ratusan mahasiswa.

Program anjuran Bhg. Teknologi Maklumat, Jab. Ketua Menteri Melaka, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung NegeriMelaka dan Hang Tuah Cafe ini telah dijadikan medium golongan mahasiswa untuk berkongsi pandangan dan menyuarakan persoalan secara terus ke pihak tertinggi kerajaan negeri.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata,  sesi kopi tarik ini adalah tempat yang paling tepat untuk menyuarakan permasalahan berbanding mengadakan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di UPSI hujung tahun lalu.

“Melaka telah dan akan terus menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan tenang selaras dengan hasrat untuk melahirkan golongan graduan yang  berkualiti dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi” kata beliau sebelum memulakan sesi dialog.

Penulis merasakan kredibiliti dan gaya kepimpinan serta keintelektualan YAB  Mohd Ali perlu dituruti oleh para mahasiswa . Malah beliau merupakan pemimpin yang paling konsisten mengamalkan konsep pemimpin turun padang. Setelah kejayaan Melaka mendapatkan pengiktirafan Negeri Maju oleh OECD pada tahun 2010, kini sekali martabat Melaka diangkat melalui pengiktirafan oleh media antarabangsa, New York Times yang telah meletakkan Melaka di tempat ke-28 yang wajar dan wajib dilawati oleh pelancong dunia.

Segala permasalahan dan perbincangan yang diutarakan oleh para mahasiswa pada sesi santai itu telah diberikan perhatian sepenuhnya oleh YAB Ketua Menteri.

Tambah beliau lagi Melaka kini mempunyai sejumlah 9 universiti dengan lebih 70,000 orang pelajar dan yang terbaru, Universiti Lim Kok Wing bakal membuka cawangannya di Melaka.

“Ini adalah hasil limpahan dari Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan untuk menyeimbangkan masyarakat. Dasar ini membolehkan ramai dari kalangan anak-anak kita hari ini melanjutkan pengajian ke pelbagai universiti dan menjadi pemimpin negara,” ujar beliau sebelum menutup bicara pada pukul 1.00 pagi.


No comments:

Post a Comment