Pages

Thursday 29 March 2012

8 Perkara Tentang LYNAS Yang Perlu Kita Tahu...


Perkara 1

  • Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa.
  • Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
  • Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
  • Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
  • Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.

Perkara 2

  • Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
  • Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
  • Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
  • Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
  • Dedahan radiasi menonton tv 4 jam sehari selama setahun (0.02mSv).
  • Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).
Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
  • Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
  • Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
  • Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
  • Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan.
  • Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
  • Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
  • Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
  • Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
  • China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'              
     Kenapa Tidak Kemaman?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman.
  • Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng.
  • Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
  • Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
  • Bekalan air yang mencukupi.
  • Wujud tenaga kerja mahir.
  • Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa.

  • Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
  • Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
  • Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
  • Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
  • Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
  • Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
  • Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).

Perkara 8

Faedah:
  • Kewangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billion. Kos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
  • Tenaga Kerja Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an. Industri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
  • Fasa Pembinaan - Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan. Menyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
  • Aktiviti Perintis- Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.



Sumber : Cucu tok Selampit
Read More...

Wednesday 28 March 2012

PASBERG

 Yam senggggg !!!!

sumber : taiping mali


Read More...

PAS dan Yahudi dan Zionis dan Israel... haram atau halal????



Setelah Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat menyatakan yang beliau “menyokong usaha melindungi Negara Israel”, dengan tidak semena-mena, Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan, “Umat Islam boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi yang tidak berpandangan Zionis.” 

Dan kemudiannya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata pula bahwa, “Yahudi tetap haram dan apa bentuk urus niaga dengan mereka menghasilkan sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung umat Islam Palestin”.

Tetapi, kemudian lagi pula, Nasruddin menafikan kenyataannya sendiri dan memberi alasan bahawa ianya  telah dipetik separuh sahaja oleh Sinar Harian.  Beliau juga ‘memperbetulkan’ kembali apa yang dilapor oleh Sinar Harian dengan hujah-hujah yang menyamai hujah Hadi iaitu tidak salah berurusniaga dengan Yahudi yang tidak memusuhi umat Islam dengan memberi contoh bagaimana Rasulullah S.A.W berniaga dengan Yahudi. 

Hadi dan Nasrudin boleh membelit dan boleh menepis kata-kata mereka sendiri semahu-mahunya. 

Tetapi, mereka tidak boleh menepis sejarah.  Kita tidak pernah lupa bagaimana mereka telah melabel kerajaan sebagai Zionis dan Tun Dr. Mahathir sebagai Firaun apabila buah pisang kaki Israel dibawa masuk dari Singapura pada tahun 2000.   Bukankah ini juga merupakan hubungan dagang dengan Yahudi yang tidak memusuhi kita?  Kenapa dulu haram dan sekarang halal?

Dan kita juga tidak lupa dengan drama PAS dan PKR meroyan dan histeria sakan apabila BN menggunakan khidmat syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan orang Yahudi, iaitu APCO sehingga melabelkan konsep 1Malaysia sebagai 1Israel.  Walaupun telah diterangkan berkali-kali bahawa APCO bukan milik Yahudi dan Malaysia tidak pernah berhubungan dagang dengan Israel tetapi PAS dan PKR terus melompat-lompat di parlimen dan di jalanraya menolak hujah bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. 

Sungguh hebat sekali kebencian PAS terhadap Yahudi sehinggakan kelihatannya seolah-olah terlanggar bahu dengan seorang Yahudi di luar negara juga akan dilabel PAS sebagai Zionis.   

Pemain kriket Yahudi juga dirujuk sebagai Zionis dan tidak boleh berhubung mahupun melihat mereka bermain atau akan jatuh hukum sebagai talibarut Zionis oleh PAS.   Pendek kata, nama Yahudi, Zionis, Israel haram untuk disebut pun. 

Dan siapakah yang menghasut budak-budak separa masak di Universiti Malaya untuk berdemo memboikot KFC dan McDonalds kerana kononnya kedua-dua perniagaan ini punya kaitan dengan Yahudi?   Bukankah pada ketika itu, mati dalam keadaan berdemo menentang Yahudi adalah mati syahid mengikut fatwa PAS? 

Sedangkan apakah bukti yang PAS ada bahawa KFC dan McDonalds itu menyumbang dana untuk Zionis?  Tidak ada sama sekali. 

Tetapi yang ada hari ini ialah bukti kukuh dan jelas bahawa Anwar Ibrahim, “menyokong usaha melindungi negara Israel”.  Dan kata kunci di sini ialah “negara Israel”. 

Dan dengan kata kunci ini, PAS boleh berpusing keliling menjelaskan bahawa berniaga dengan Yahudi tidak haram selagi mereka tidak berpandangan Zionis, tetapi PAS tidak boleh menafikan bahawa Anwar menyokong usaha untuk melindungi negara Israel, yakni, pastinya bererti Anwar mengiktiraf Negara Israel. 

PAS juga tidak boleh menafikan bahawa selagi mereka berada di dalam Pakatan Rakyat, maka mereka secara rasminya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang, yakni ketua mereka.  Dan sebagai ketua, PAS wajib akur atas segala arahan serta menerima pendirian Anwar termasuk dalam isu Negara Israel ini. 

Kesimpulannya, benar bukan semua Yahudi itu Zionis tetapi itu bukan isunya. 

Isunya kekal mengenai persoalan apakah PAS tetap bersama Anwar walaupun jelas Anwar menyokong Negara Israel.
Read More...

Tuesday 27 March 2012

Kerjasama Strategik Untuk Program Pemulihan Remaja



Nama Sekolah Henry Gurney Telok Mas bukanlah nama yang asing bagi rakyat Malaysia. Sekolah yang mula beroperasi pada tahun 1950 ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran dalam filem Gila-Gila Remaja. Sekolah ini menempatkan pesalah juvana dan muda yang penulis yakin mereke juga berhak untuk mempunyai masa depan yang cerah dan merupakan aset penting untuk mencorakkan masa depan pembangunan dan kesejahteraan negara. 

Melalui Pelan Pemulihan Jabatan Penjara iaitu Pelan Pembangunan Insan, semua penghuni sekolah Henry Gurney akan terlibat dengan berbagai aktiviti berbentuk pembinaan displin, moral, kerohanian, kaunseling, latihan kemahiran vokasional secara bersijil, akademik dan lain-lain lagi.

‘ Jabatan Penjara amat menitikberatkan potensi pelajar di Institusi Penjara ini kerana golongan belia adalah pemangkin kepada pembangunan negara dan tingkahlaku serta corak pemikiran mereka hari ini akan menentukan hala tuju negara di masa hadapan. ’ ujar Datuk Haji  Hassan Sakimon, TKP Penjara Malaysia. Beliau berkata demikian ketika ucaptama merasmikan pelancaran program Remaja Perdana Rakan Muda, kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Jabatan Penjara Malaysia.

Jalinan kerjasama ini merupakan signifikan ekoran daripada perluasan skop Program Remaja Perdana Rakan Muda bagi mencapai kumpulan sasaran remaja di Institusi Penjara sebagai salah satu alternatif pemulihan. 

Program pemulihan remaja pertama kali diperkenalkan dalam Skim Anugerah ini pada tahun 1980 di United Kingdom. Kesan yang amat besar terhadap remaja ditahan di pusat pemulihan dengan menunjukkan pengurangan dari segi recidivism. Berlaku penurunan sebanyak 75% terhadap kecederungan untuk kembali melalukan kesalahan juvana di Scotland; di Kenya 0% daripada peserta Anugerah ditahan semula setelah dibebaskan dari pusat pemulihan remaja.

Bersesuaian dengan inisiatif pihak Kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara dalam konteks mengurangkan jenayah, golongan belia remaja dalam institusi ini tidak ketinggalan bahkan turut diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Kerajaan untuk didedahkan dengan peluang yang sama seperti remaja-remaja  yang lain.

Peluang ini disediakan sebagai landasan bagi menerapkan pembangunan diri yang positif seterusnya mempersediakan golongan ini untuk menyumbang khidmat bakti kepada bangsa dan negara setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat suatu hari nanti.


Seramai 35 orang peserta Projek Perintis Program Remaja Perdana Rakan Muda dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka akan mengikuti Program ini melalui jalinan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negara dan adalah diharapkan agar dapat memberi nilai tambah kepada remaja di Institusi Penjara terutama sekali dalam pembangunan diri dan meningkatkan jati diri mereka sebagai seorang individu dan ahli masyarakat.

Penulis memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2012 `Apa yang diusahakan hari ini bukanlah untuk kita. Potensi golongan belia mestilah digembeleng dan dioptimumkan, idealisma mereka harus digilap, kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka harus terus dibajai’
Read More...

YAB Ketua Menteri Melaka Turun Padang Jumpa Mahasiswa.


 Peluang untuk rakyat bersemuka ‘muka ke muka’  dengan pemegang tampuk kerajaan sesebuah negeri  adalah agak sukar di sesetengah tempat. Namun ianya tidaklah sesukar mana jika tampuk itu diterajui oleh pemimpin yang setiap hari turun padang seperti di Melaka.

Bertempat di perkarangan Hang Tuah Cafe,  Sesi Kopi Tarik Santai Laman Portal dan Media Sosial YAB Ketua Menteri Melaka bersama warga mahasiswa dan pengguna media sosial telah menarik himpunan ratusan mahasiswa.

Program anjuran Bhg. Teknologi Maklumat, Jab. Ketua Menteri Melaka, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung NegeriMelaka dan Hang Tuah Cafe ini telah dijadikan medium golongan mahasiswa untuk berkongsi pandangan dan menyuarakan persoalan secara terus ke pihak tertinggi kerajaan negeri.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata,  sesi kopi tarik ini adalah tempat yang paling tepat untuk menyuarakan permasalahan berbanding mengadakan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di UPSI hujung tahun lalu.

“Melaka telah dan akan terus menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan tenang selaras dengan hasrat untuk melahirkan golongan graduan yang  berkualiti dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi” kata beliau sebelum memulakan sesi dialog.

Penulis merasakan kredibiliti dan gaya kepimpinan serta keintelektualan YAB  Mohd Ali perlu dituruti oleh para mahasiswa . Malah beliau merupakan pemimpin yang paling konsisten mengamalkan konsep pemimpin turun padang. Setelah kejayaan Melaka mendapatkan pengiktirafan Negeri Maju oleh OECD pada tahun 2010, kini sekali martabat Melaka diangkat melalui pengiktirafan oleh media antarabangsa, New York Times yang telah meletakkan Melaka di tempat ke-28 yang wajar dan wajib dilawati oleh pelancong dunia.

Segala permasalahan dan perbincangan yang diutarakan oleh para mahasiswa pada sesi santai itu telah diberikan perhatian sepenuhnya oleh YAB Ketua Menteri.

Tambah beliau lagi Melaka kini mempunyai sejumlah 9 universiti dengan lebih 70,000 orang pelajar dan yang terbaru, Universiti Lim Kok Wing bakal membuka cawangannya di Melaka.

“Ini adalah hasil limpahan dari Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan untuk menyeimbangkan masyarakat. Dasar ini membolehkan ramai dari kalangan anak-anak kita hari ini melanjutkan pengajian ke pelbagai universiti dan menjadi pemimpin negara,” ujar beliau sebelum menutup bicara pada pukul 1.00 pagi.


Read More...

Monday 26 March 2012

Ayuh Bangkit Orang Muda!!

Din, ko dah cantas lom pokok-pokok kat depan tu??? “
“Aku dah cantas dah Bijan, baru orang suka tengok “

Aktiviti mencantas pokok memerlukan penelitian dan kepakaran yang tersendiri. Tersalah cantas boleh menyebabkan mata yang memandang terasa jelik. Proses untuk mendapatkan kembali bentuk rimbun yang baru pasti mengambil masa.

Begitu juga dalam suasana politik semasa, aktiviti mencantas itu diertikan dengan istilah politik cantas.  Dalam erti kata lain ialah politik yang saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau seperjuangan.

Penulis lebih gemar mentafsirkan politik cantas itu sebagai proses untuk memilih pemimpin yang lebih berdedikasi dan komited kepada tanggungjawab.  Tidak salah untuk kita berbalah pendapat dalam menjalankan tanggungjawab tetapi janganlah sampai menggunakan pendekatan yang kurang bijak demi menjatuhkan rakan seperjuangan.

Dengan Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka semakin hampir, budaya politik cantas yang kurang sihat dikhuatiri mampu mendorong pengundi untuk beralih arah. Perbincangan dan muzakarah secara berhemah adalah kaedah yang lebih praktikal. Tidak kira samada pemimpin atau bakal pemimpin itu muda sekalipun, jika ia mampu menanggung beban dan menjalankan tanggugjawab dengan baik, mengapa tidak?

Tidak semestinya yang muda itu tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat. Mengambil YAB Dato Sri Najib Tun Razak sebagai contoh, beliau  mula menyandang kerusi Parlimen Pekan ketika berumur 23 tahun dan  menjadi Menteri  Besar Pahang  ketika berumur 29 tahun.

Calon-calon muda yang berwibawa harus diangkat untuk diketengahkan supaya pemimpin pelapis yang kuat dapat dibentuk.  Menjadi tugas  pemimpin semasa di peringkat pusat dan bahagian untuk membimbing dan menggalakkan golongan muda ini untuk terus menonjolkan diri dan bakat kepimpinan yang berkobar-kobar dalam diri.

Jika ini semua dapat dilaksanakan, penulis yakin slogan transformasi  itu pasti mencapai matlamat hingga ke peringkat akar umbi dan bukan hanya dilaungkan sebagai gimik pilihanraya sahaja.
Read More...

Wednesday 14 March 2012

Hamas beralih arah ????

Ape cerita Brader Anu??? Satu Melaka PKR tabur banner Ceramah bersama Wakil HAMAS di Bachang kunnon,,habuk pon tarak... Sembang je sbab nk tarik crowd kikikikiki dasar cicak mengkaronggg....


Rupa-rupanya..... wakil HAMAS berkunjung ke Pejabat UMNO dan mengeluarkan kenyataan TIDAK PERNAH bekerjasama dengan Brader Anu... aduhhh kompom Brader Anu kcik hati kakaka

Read More...

Sunday 11 March 2012

Pemuda Bachang tolak Anu-war

Petang yang mendung tapi bakal panas di Melaka pada malamnya.....
Selamat datang Anwar ibrahim Al-Juburi ke Bachang... Anda akan ditentang habis-habisan oleh Pemuda...
hmmm Sam Ketot pun ada.. Orang Melaka rindu lu bro... lu siap bawak wakil HAMAS yer.. (wakil HAMAS yang x diiktiraf oleh HAMAS??????)
Read More...

Wednesday 7 March 2012

Video Propaganda Anwar Sedang tersebar

ANWAR nampaknya telah mula merasakan kesan dari pelbagai program turun padang bertemu dengan rakyat yang dijalankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Mahyudin Yassin.

Maka itu Anwar tidak mahu ketinggalan juga dengan menerbitkan video propaganda bagi menggambarkan yang dia juga seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti mana Datuk Seri Najib.Konsep yang dipilih untuk penerbitan video tersebut juga sama dengan program turun padang yang dijalankan Datuk Seri Najib.

Kalau Najib naik LRT, dalam video itu Anwar juga naik LRT, Najib minum teh dengan rakyat, Anwar juga minum teh dengan rakyat, Najib salam-salam dengan rakyat, Anwar juga begitu dalam videonya. Semua ini nampak usaha Anwar untuk menyaingi apa yang dibuat Datuk Seri Najib.

Tapi nak tanyalah, apa dah takde idea lain ke, melainkan tiru apa yang dilakukan pemimpin tersohor Barisan Nasional (BN) dan UMNO tersebut? Cubalah cari idea sendiri gamaknya. Naik beca ke, naik basikal ke, tak pun naik kuda.

Jangan naik atas punggung orang lain sudahlah.

Semua ini timbul, dikala macai Anwar dibawah sedang sibuk memperkatakan soal BN meniru banyak benda yang dicadangkan mereka dalam Buku Jingga. Sehingga ada idea supaya Buku Jingga itu dipatenkan, untuk mengelak dari terus ditiru BN.

Idea bodoh siapalah itu ya, lupa pulak tapi tak salah asal dari orang PAS jugaklah.
Ya, yang penting isunya itu sementara macai dibawah galak menuduh kita meniru mereka, Anwar sendiri meniru bulat-bulat apa yang diperbuat Datuk Seri Najib. Why?

Itu menunjukkan bahawa apa yang dibuat Datuk Seri Najib itu ada kesan mendalam kepada rakyat dan ia diakui Anwar serta para penasihat dan perunding imej yahudinya iaitu masing-masing National Democratic Institute (NDI) dan Konrad Adenaeur Foundation (KAF) yang penulis percaya menjadi tulang belakang penerbitan video tersebut.

Kalau tiada kesan, kenapa Anwar perlu tiru ye tak?

Itulah dia Anwar pun dari dulu sampai sekarang pun, mana pernahnya yang datang dari diri sendiri. Kalau tak penasihat dan perunding Yahudi maklumkan kepada dia, dia akan tiru apa yang baik dibuat pemimpin BN dengan sedikit pengubahsuaian di sana sini.

Read More...