Pages

Thursday 21 February 2013

Telenovela Hebat Majlis Syura-Karpal Singh Demi Kelangsungan Politik PR.. ?


Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’.   Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.  

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja. 

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja. 

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya. 

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.  

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”. 

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.   Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP. 

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.  Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam. 

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel. 

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran. 

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.  Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’. 
Read More...

Saturday 16 February 2013

Jangan "Jahilkan" Isu Lynas...!




Ada puak yang membantah secara membabi buta sahaja demi kepentingan Politik individu tertentu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

Macam puak - puak Anti-Lynas tu la yang diketuai oleh Si Fuziah 'Reaktor' tu. Tujuan dia ialah untuk memporak - perandakan keadaan dan menimbulkan huru hara semata - mata.

Satu puak lagi membantah campur tangan puak - puak Anti-Lynas ni dalam usaha panel bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan dari menjalankan tugas mereka.

Bagi puak - puak ini, isu ini bukan lagi soal Politik Si Fuziah 'Reaktor' tu sahaja. Tetapi demi mendapatkan Kebenaran mengenai perkara tersebut. 

Persoalan yang timbul dikalangan puak - puak ini ialah kenapa geng - geng Anti-Lynas ni nak membantah lantikan IAEA sebagai badan bebas untuk mengkaji tahap keselamatan kilang memproses logam nadir tu?

Bukan ke puak - puak Anti-Lynas tu jugak yang beria - ia nak pihak Kerajaan melantik satu panel bebas yang berkelayakan untuk memastikan tahap keselamatan kilang tersebut sebelum ianya dibenarkan beroperasi?

Dia buat dakwaan bahawa IAEA adalah sebuah badan Antarabangsa yang hanya mempromosikan penggunaan Nuklear sahaja. 

Sedangkan apa yang dijelaskan oleh wakil daripada pihak IAEA pagi tadi jauh dari tafsiran yang dibuat oleh Si Fuziah 'Reaktor' ni.

Ianya hanya mainan Politik Si Fuziah 'Reaktor' itu sahaja yang kerjanya menipu rakyat je. Tak lebih dari itu. Macam dah tak de kerja lain!!!

Sumber asal : BLOG SEMUT HITAM

Ulasan SAC : Sudah terang lagi bersuluh yang  geng-geng Penyokong PR sengaja pekakkan telinga butakan mata untuk terima kenyataan yang sebenar tentang Lynas demi agenda politik mereka.

Isu mudah pertama : Kadar Radiasi yang dikeluarkan membahayakam kesihatan? Ini auta.. FAKTA ialah kadar yang dilepaskan ialah 0.002mSv setahun... jauh di belakang kadar yang dikeluarkan jika anda menonton televisyen dengan purata 2 jam setahun iaitu 0.01 sMv.. !

Seterusnya : bahan Radioaktif yang terkandung dalam Thorium boleh tembus kulit manusia dan akan menyebabkan pencemaran sungai? Ini auta. FAKTA ialah zarah Thorium yang mereput hanya menghasilkan sinar alpha sahaja yang tidak mampu pun menembusi hatta sekeping kertas yang nipis... ! Thorium Lynas juga tidak melarut dalam air.. !

Dakwaan yang Lynas ialah sebuah loji nuklear? Ini auta.. FAKTA ialah ianya adalah loji pemprosesan nadir bumi.. !

Kewujudan Lynas yang diakui selamat ini akan mampu merancakkan ekonomi setempat dan negara. Perbelanjaan mengurus Lynas yang melibatkan angka RM 350 juta setahun bakal menyajikan peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang khususnya dalam pelbagai sektor perkhidmatan. 

Keghairahan pihak PR memainkan isu Lynas dianggap sebagai AUTA POLITIK TONGONG yang mengatasi fakta saintifik. 

Bagai meludah ke langit, pasukan penentang Lynas menerima tamparan hebat apabila pakar nuklear Malaysia merangkap Ahli Parlimen PAS Hulu Langat mengakui dan bersetuju yang kilang nadir bumi itu selamat. 
Read More...

Friday 15 February 2013

Video Yang Pakatan Rakyat Tak Mahu Tengok!!!


Read More...

Lim Guan Eng Menyokong Pekida???




MEMANG agak pelik bunyinya, tetapi itulah hakikat.

Mungkin juga pengaruh PSY penyanyi lagu Oppa Gangnam Style ini telah menjadikan Lim Guan Eng hilang akal
.
Sepertimana umum mengetahuinya, BN Pulau Pinang akan mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina dan penampilan istimewa PSY akan menjadi tumpuan utama didalam majlis berkenaan.

Situasi ini sesungguhnya amat tidak menyenangkan DAP terutamanya Ketua Menteri Pulau Pinang, ‘Tokong’ Lim Guan Eng.

Sebelum ini, amat heboh diwar-warkan di media kononnya sambutan hangat di channel Youtube yang mencecah 100 juta penonton yang telah menyaksikan video parody dari lagu Oppa Gangnam Style yang diubah kepada Ubah DAP Style.

Mungkin kerana DAP tergugat dengan reputasi PSY yang bakal menarik minat pengundi kepada MCA/BN, atau mungkin juga DAP takut disaman kerana video parody DAP itu tidak mendapat keizinan dari penyanyi lagu asal tersebut.

Maka berbagai helah dilakukan DAP untuk melakukan perbuatan sabotaj, antaranya mengupah pelayar Facebook untuk menyerang laman rasmi PSY di Facebook.

Namun, yang terbaru ini amat lucu bunyinya.

Majlis sambutan Tahun Baru Cina yang dijadualkan pada 11 February ini, Guan Eng mengeluarkan arahan kepada pengikutnya untuk memakai baju mengikut kod warna untuk hadir ke sambutan berkenaan.
Warna yang dipilih pula adalah merah sebagai menyokong DAP, kuning sebagai menyokong BERSIH dan hijau sebagai membantah LYNAS.

Bukankah warna hijau, kuning dan merah ini amat sinonim dengan PEKIDA atau biasa disebut sebagai ‘Tiga Line’.

Apakah signifikannya Guan Eng memilih ketiga-tiga warna berkenaan ?

Kenapa tidak warna merah sebagai menyokong DAP, biru muda sebagai menyokong PKR dan hijau sebagai menyokong PAS ?

Atau mungkin warna kuning sebagai menyokong BERSIH, warna hijau sebagai membantah LYNAS dan warna oren sebagai membantah FGVH ?

Kenapa memilih warna hijau, kuning dan merah yang seluruh rakyat Malaysia amat ketahui sangat berkait rapat dengan NGO PEKIDA ?

Adakah Guan Eng cuba untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa dia kini ingin menyertai PEKIDA ?
Tidakkah lucu bunyinya ?

Nampak sangat pemilihan warna ini dan pengumuman akannya sangat semberono dan tanpa membuat kajian dan penelitian terlebih dahulu.

Benarlah sangkaan ramai bahawa pemikiran Guan Eng telah rosak gara-gara berita kedatangan artis Antarabangsa Asia PSY ke Malaysia khusus untuk majlis anjuran BN di Pulau Pinang.

Guan Eng semakin sakit jiwa dibuatnya..............

** sumber - KLIK SINI
Read More...

Sunday 3 February 2013

Himpunan 100,000 orang - Melaka Negeri Sukarelawan !! #MyBeautiful



Hampir 100 000 orang sukarelawan dari seluruh Melaka membanjiri persisiran Sungai Melaka untuk aktiviti kesukarelaan semalam.

Program yang diberi nama “My Beautiful Malaysia 2013 Peringkat Negeri Melaka” itu meliputi aktiviti gotong-royong menanam pokok, membina pondok wakaf dan membersihkan kawasan persisiran Sungai Melaka. Kawasan tumpuan adalah sejauh 10 kilometer bermula dari Kunci Air Batu Hampar hingga Gangsa.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang hadir awal pagi hingga tamat program berkata, program kesukarelaan yang dijalankan pada hari ini merupakan satu lagi inisiatif yang diwujudkan di bawah Strategi Lautan Biru. Ianya bertujuan untuk membina masyarakat Malaysia yang lebih prihatin dan ikhlas melalui agenda kesukarelaan di kalangan belia.

Tambahnya, aktiviti sihat ini juga merupakan platform kepada sukarelawan dan masyarakat umum dengan pihak kerajaan dan swasta untuk bekerjasama bagi mencapai satu tujuan yang mulia berasaskan semangat 1Malaysia

“Aktiviti sukarelawan membolehkan rakyat mempromosi sikap tanggungjawab, disiplin, semangat setiakawan, bekerjasama selain meluaskan ‘networking’ antara pihak kerajaan dengan kumpulan sasaran”

“Semangat sukarelawan harus diterap dalam jiwa anak muda bagi memanfaat program yang telah diatur demi kebaikan semua dan ini bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri yang menjadikan tahun 2013 sebagai Tahun Sukarelawan”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program My Beautiful Malaysia 2013 di tempat letak kereta Asrama UTEM Batu Berendam.

Turut hadir Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Tuan Yang Di-Pertuan Melaka ; YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KPDNKK.

Pemilihan segmen mencantikkan persisiran sungai ini juga dianggap bertepatan dengan hasrat dan misi kerajaan negeri dalam menjadikan Sungai Melaka sebagai produk utama sector pelancongan Melaka selain dapat menyemai semnagat cintakan alam sekitar. Dalam masa sama, rakyat Melaka juga diseru untuk menanam pokok di sekeliling rumah dan premis masing-masing atas semangat cintakan keindahan alam sekitar.






Read More...