Pages

Sunday 3 February 2013

Himpunan 100,000 orang - Melaka Negeri Sukarelawan !! #MyBeautiful



Hampir 100 000 orang sukarelawan dari seluruh Melaka membanjiri persisiran Sungai Melaka untuk aktiviti kesukarelaan semalam.

Program yang diberi nama “My Beautiful Malaysia 2013 Peringkat Negeri Melaka” itu meliputi aktiviti gotong-royong menanam pokok, membina pondok wakaf dan membersihkan kawasan persisiran Sungai Melaka. Kawasan tumpuan adalah sejauh 10 kilometer bermula dari Kunci Air Batu Hampar hingga Gangsa.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang hadir awal pagi hingga tamat program berkata, program kesukarelaan yang dijalankan pada hari ini merupakan satu lagi inisiatif yang diwujudkan di bawah Strategi Lautan Biru. Ianya bertujuan untuk membina masyarakat Malaysia yang lebih prihatin dan ikhlas melalui agenda kesukarelaan di kalangan belia.

Tambahnya, aktiviti sihat ini juga merupakan platform kepada sukarelawan dan masyarakat umum dengan pihak kerajaan dan swasta untuk bekerjasama bagi mencapai satu tujuan yang mulia berasaskan semangat 1Malaysia

“Aktiviti sukarelawan membolehkan rakyat mempromosi sikap tanggungjawab, disiplin, semangat setiakawan, bekerjasama selain meluaskan ‘networking’ antara pihak kerajaan dengan kumpulan sasaran”

“Semangat sukarelawan harus diterap dalam jiwa anak muda bagi memanfaat program yang telah diatur demi kebaikan semua dan ini bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri yang menjadikan tahun 2013 sebagai Tahun Sukarelawan”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program My Beautiful Malaysia 2013 di tempat letak kereta Asrama UTEM Batu Berendam.

Turut hadir Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Tuan Yang Di-Pertuan Melaka ; YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KPDNKK.

Pemilihan segmen mencantikkan persisiran sungai ini juga dianggap bertepatan dengan hasrat dan misi kerajaan negeri dalam menjadikan Sungai Melaka sebagai produk utama sector pelancongan Melaka selain dapat menyemai semnagat cintakan alam sekitar. Dalam masa sama, rakyat Melaka juga diseru untuk menanam pokok di sekeliling rumah dan premis masing-masing atas semangat cintakan keindahan alam sekitar.






No comments:

Post a Comment