Pages

Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Telenovela Hebat Majlis Syura-Karpal Singh Demi Kelangsungan Politik PR.. ?


Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’.   Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.  

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja. 

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja. 

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya. 

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.  

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”. 

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.   Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP. 

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.  Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam. 

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel. 

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran. 

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.  Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’. 
Read More...

Friday, 15 February 2013

Lim Guan Eng Menyokong Pekida???




MEMANG agak pelik bunyinya, tetapi itulah hakikat.

Mungkin juga pengaruh PSY penyanyi lagu Oppa Gangnam Style ini telah menjadikan Lim Guan Eng hilang akal
.
Sepertimana umum mengetahuinya, BN Pulau Pinang akan mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina dan penampilan istimewa PSY akan menjadi tumpuan utama didalam majlis berkenaan.

Situasi ini sesungguhnya amat tidak menyenangkan DAP terutamanya Ketua Menteri Pulau Pinang, ‘Tokong’ Lim Guan Eng.

Sebelum ini, amat heboh diwar-warkan di media kononnya sambutan hangat di channel Youtube yang mencecah 100 juta penonton yang telah menyaksikan video parody dari lagu Oppa Gangnam Style yang diubah kepada Ubah DAP Style.

Mungkin kerana DAP tergugat dengan reputasi PSY yang bakal menarik minat pengundi kepada MCA/BN, atau mungkin juga DAP takut disaman kerana video parody DAP itu tidak mendapat keizinan dari penyanyi lagu asal tersebut.

Maka berbagai helah dilakukan DAP untuk melakukan perbuatan sabotaj, antaranya mengupah pelayar Facebook untuk menyerang laman rasmi PSY di Facebook.

Namun, yang terbaru ini amat lucu bunyinya.

Majlis sambutan Tahun Baru Cina yang dijadualkan pada 11 February ini, Guan Eng mengeluarkan arahan kepada pengikutnya untuk memakai baju mengikut kod warna untuk hadir ke sambutan berkenaan.
Warna yang dipilih pula adalah merah sebagai menyokong DAP, kuning sebagai menyokong BERSIH dan hijau sebagai membantah LYNAS.

Bukankah warna hijau, kuning dan merah ini amat sinonim dengan PEKIDA atau biasa disebut sebagai ‘Tiga Line’.

Apakah signifikannya Guan Eng memilih ketiga-tiga warna berkenaan ?

Kenapa tidak warna merah sebagai menyokong DAP, biru muda sebagai menyokong PKR dan hijau sebagai menyokong PAS ?

Atau mungkin warna kuning sebagai menyokong BERSIH, warna hijau sebagai membantah LYNAS dan warna oren sebagai membantah FGVH ?

Kenapa memilih warna hijau, kuning dan merah yang seluruh rakyat Malaysia amat ketahui sangat berkait rapat dengan NGO PEKIDA ?

Adakah Guan Eng cuba untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa dia kini ingin menyertai PEKIDA ?
Tidakkah lucu bunyinya ?

Nampak sangat pemilihan warna ini dan pengumuman akannya sangat semberono dan tanpa membuat kajian dan penelitian terlebih dahulu.

Benarlah sangkaan ramai bahawa pemikiran Guan Eng telah rosak gara-gara berita kedatangan artis Antarabangsa Asia PSY ke Malaysia khusus untuk majlis anjuran BN di Pulau Pinang.

Guan Eng semakin sakit jiwa dibuatnya..............

** sumber - KLIK SINI
Read More...

Thursday, 29 March 2012

8 Perkara Tentang LYNAS Yang Perlu Kita Tahu...


Perkara 1

  • Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa.
  • Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
  • Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
  • Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
  • Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.

Perkara 2

  • Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
  • Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
  • Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
  • Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
  • Dedahan radiasi menonton tv 4 jam sehari selama setahun (0.02mSv).
  • Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).
Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
  • Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
  • Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
  • Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
  • Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan.
  • Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
  • Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
  • Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
  • Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
  • China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'              
     Kenapa Tidak Kemaman?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman.
  • Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng.
  • Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
  • Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
  • Bekalan air yang mencukupi.
  • Wujud tenaga kerja mahir.
  • Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa.

  • Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
  • Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
  • Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
  • Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
  • Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
  • Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
  • Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).

Perkara 8

Faedah:
  • Kewangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billion. Kos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
  • Tenaga Kerja Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an. Industri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
  • Fasa Pembinaan - Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan. Menyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
  • Aktiviti Perintis- Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.



Sumber : Cucu tok Selampit
Read More...