Pages

Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

TIGA PILIHANRAYA KECIL BAKAL DIADAKAN DALAM MASA TERDEKAT??



1. NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu. 

Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes. 



2. RAFIZI RAMLI DI MAHKAMAH 10 JUN 2013


Kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Mohd. Rafizi Ramli dan seorang bekas kerani bank yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Jun ini.

Hakim G. Rames menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu rayuan yang dikemukakan oleh Mohd. Rafizi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut akan didengar pada 23 Mei ini.

Mohd. Rafizi, 36, dan Johari Mohamad, 42, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam bela, Michelle Yesudas sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Haziq Razali.

Pada 23 November 2012, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd. Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang.

Mohd. Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lalu atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik.

Pada 1 Ogos 2012, Mohd. Rafizi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun bank tiga syarikat yang terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada konsultan media, Yusof Abdul Alin dan wartawan akhbar The Star, Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa mempunyai akses kepada salinan rumusan akaun Public Bank milik National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), National Meal & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun peribadi Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Mohd. Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya.

Johari yang merupakan bekas kerani (bahagian kredit) Public Bank Bhd. cawangan Jinjang pula didakwa bersubahat dengan Mohd. Rafizi melakukan perbuatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) akta tersebut dibaca bersama Seksyen 97(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.


3. TIAN CHUA DI MAHKAMAH DIJANGKA JUN 2013

UMNO berhak di sisi undang-undang atau mempunyai locus standi untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan dua lagi berhubung artikel diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. yang didakwa mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh pada 15 Mac lalu memfailkan saman terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chiang; Editor portal berkenaan, Fazallah Pit; dan penulis artikel, Aisha Geoffrey.

Menurut Ab. Rauf, hak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen itu memperuntukkan, sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.

Perkara tersebut terkandung dalam afidavit Ab. Rauf bertarikh 7 Mei lalu yang dikemukakan bersama permohonannya untuk membatalkan pembelaan yang difailkan oleh ketiga-tiga mereka pada 23 April lalu.

Ab. Rauf berbuat demikian atas alasan pembelaan mereka tidak mendedahkan klausa pembelaan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan.

Tian Chua dalam pernyataan pembelaan antaranya menyatakan, kenyataannya adalah komen yang wajar dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat demi kepentingan awam berkenaan isu keselamatan negara dan ketelusan media.

Peguam Raihanah Ariffin yang mewakili Ab. Rauf selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, permohonan anak guamnya itu akan didengar pada 12 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop ketika pengurusan kes saman itu di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam S.H. Tan mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pada 15 Mac lalu, Ab. Rauf dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO yang telah dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lalu selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab. Rauf mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan tersebut, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.

*Desas mengesahkan di kalangan peguam senior berkecuali berkata kemungkinan Pilihanraya Kecil akan diadakan di kawasan tersebut. Diharap jentera BN di kawasan terbabit tidak menunggu keputusan Mahkamah baru hendak menggerakkan jentera PRK, sebaliknya dinasihatkan supaya persediaan dibuat awal dari sekarang untuk mengenal pasti keperluan pengundi dan rakyat di kawasan terbabit.

Read More...

Tuesday, 16 April 2013

SENARAI PENUH CALON #BNKEDAH #PRU13





Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Kedah.

P04 Langkawi - Datuk Nawawi Ahmad
N1 Ayer Hangat - Mohd Rawi Abdul Hamid
N2 Kuah -  Norsaidi Nayan

P05 Jerlun - Datuk Othman Aziz
N3 Kota Siputeh - Datuk Abu Hasan Sarif
N4 Ayer Hitam - Datuk Mukhriz Mahathir

P06 Kubang Pasu - Datuk Johari Baharom
N5 Bukit Kayu Hitam - Ahmad Zaini Japar
N6 Jitra - Amiruddin Omar

P07 Padang Terap - Datuk Seri Mahdzir Khalid
N7 Kuala Nerang - Badrul Hisham
N8 Pedu - Kama Nooriah Ibrahim

Pokok Sena - Datuk Sahlan Ismail
Bukit Lada - Ahmad Lebai Sudin
Bukit Pinang - Mokhtar Md Noor (Pokok Sena Umno permanent chief)
Derga - Dr Cheah Soon Hai

Alor Star -Datuk Seri Chor Chee Heung
Bakar Bata -Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Kota Darul Aman - Loh Gim Hooi (Alor Star MCA division secretary)
Alor Mengkudu - Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (Alor Star Wanita chief)

Kuala Kedah - Dr Zaki Zamani Abdul Rashid
Pengkalan Kundor - Norhasnita Md Isa (Kuala Kedah Wanita chief)
Kubang Rotan - Datuk Latt Shariman

Anak Bukit - Datuk Hashim Jahaya
Pendang - Datuk Othman Abdul
Sungai Tiang - Datuk Suraya Yaacob


Read More...

SENARAI PENUH CALON PRU13 BNSELANGOR #BN4Selangor #betternation


Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) negeri Selangor yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

PARLIMEN:

1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)

2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA)

3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA)

4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)

5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA)

6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA)

7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA)

8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang

9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu

10. Gombak - Raman Ismail (UMNO)

11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib

12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) - muka baharu

13. Puchong - A. Kohilan Pillay (Gerakan) - muka baharu

14. Subang - A. Prakash Rao (MIC) - muka baharu

15. Shah Alam - Zulkifli Noordin (rakan BN)

16. Kapar - Saktivel Alagappan (MIC)

17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar (MIC)

18. Kuala Langat - Sharuddin Omar (UMNO) - muka baharu

19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) - muka baharu

20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar (UMNO) - penyandang

21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) - penyandang

22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon (UMNO) - Penyandang

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (Gerakan) - muka baharu

2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan) - muka baharu

3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) - muka baharu

4. Kinrara - Wong Hock Aun (MCA)

5. Gombak Setia - Said Anuar Said Ahmad (UMNO)

6. Kota Anggerik - Mohd. Yusof Din (UMNO) - muka baharu

7. Batu Tiga - Ahmad Nawawi M. Zin

8. Seri Andalas - T. Mohan (MIC)

9. Selat Klang - Faisal Yahya (UMNO) muka baharu

10. Chempaka - Muhammad Faizal Sufar (UMNO) - muka baharu

11. Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) - muka baharu

12. Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA)

13. Sungai Pinang - Lee Siew Chee (MCA) - muka baharu

14. Taman Medan - AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu

15. Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA) - muka baharu

16. Bukit Melawati - Jakiran Jacomah (UMNO) - muka baharu

17. Rawang - Lee Li Yew ( MCA)

18. Batu Caves - Rawisandran Narayanan (MIC)

19. Hulu Kelang - Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO)

20. Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) - muka baharu

21. Lembah Jaya - Baderisham Jolly (UMNO) - muka baharu

22. Kajang - Lee Ban Seng (MCA)

23. Bangi - Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) - muka baharu

24. Balakong - Lai Kwong Choy (MCA) - muka baharu

25. Subang Jaya - Gan Meng Foo (UMNO)

26. Seri Setia - Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) - muka baharu

27. Kampung Tunku - Chong Seng Foo (MCA)

28. Damansara Utama - Lim Choon Kin (MCA)

29. Kota Damansara - Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) - muka baharu

30. Meru - Sukaiman Ahmad (UMNO) - muka baharu

31. Pelabuhan Klang - Nasarruddin M.Zin (UMNO) - muka baharu

32. Kota Alam Shah - Datuk Maglin De Cruz (PPP)

33. Sri Muda - Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) - mula baharu

34. Sijangkang - Zurihan Yusop ( UMNO) - muka baharu

35. Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA)

36. Sungai Panjang - Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) - Muka baharu

37. Sungai Air Tawar - Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) - muka baharu

38. Sabak - Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu

39. Hulu Bernam - Rosni Sohar (UMNO) - muka baharu

40. Kuala Kubu Bharu - Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) - muka baharu

41. Batang Kali - Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu

42. Sungai Burong - Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) - penyandang

43. Permatang - Sulaiman Abdul Razak (UMNO) - penyandang

44. Jeram - Datuk Amirudin Setro (UMNO) - penyandang

45. Kuang - Abdul Shukor Idrus (UMNO) - penyandang

46. Taman Templer - Datuk Subahan Kamal (UMNO) - penyandang

47. Dusun Tua - Ismail Sani (UMNO) - penyandang

48. Semenyih - Johan Abdul Aziz (UMNO) - penyandang

49. Sri Serdang - Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) - muka baharu

50. Paya Jaras - Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang

51. Sementa - Md Ghazali Md Amin (UMNO) - tukar kawasan dari DUN Meru

52. Morib - Hasiman Sidom (UMNO) - penyandang

53. Tanjung Sepat - Nisman Yusof (UMNO) - muka baharu

54. Dengkil - Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) - muka baharu

55. Sungai Pelek - Ng Chok Sin (MCA) - muka baharu

56. Ijok - K.R. Parthiban (MIC)
Read More...

Thursday, 4 April 2013

Dewan Rakyat Dan Enam DUN Kerajaan BN Bubar Untuk #PRU13


Pembubaran Dewan Rakyat pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diikuti dengan pembubaran enam Dewan Undangan Negeri yang dikuasai Barisan Nasional.

Dengan pembubaran DUN di negeri-negeri itu, hanya satu daripada lapan negeri yang dikuasai BN dan yang akan terlibat dalam PRU-13 ini iaitu Johor, yang belum membubarkan DUNnya dan dijangka berbuat demikian dalam masa terdekat.

DUN Negeri Sembilan yang juga dikuasai BN telah terbubar secara sendiri pada 28 Mac lalu.

Negeri-negeri lain yang dikuasai parti-parti politik dalam pakatan pembangkang dijangka membubarkan DUN masing-masing dalam tempoh terdekat bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan PRU-13 secara serentak.

Selepas pembubaran Dewan Rakyat, Perlis merupakan negeri pertama membubarkan DUN diikuti Sabah, Melaka, Perak, Terengganu dan Pahang.

Menteri Besar dan Ketua Menteri di empat negeri yang dikuasai parti politik dalam pakatan pembangkang dijangka bermesyuarat Khamis sebelum mengumumkan tarikh pembubaran DUN masing-masing.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob merupakan yang terakhir mengumumkan pembubaran DUN hari ini, kepada pemberita di Kuantan pada pukul 11.45 malam hari Rabu.

Pembubaran DUN Pahang yang berkuat kuasa Rabu, dibuat setelah beliau mendapat perkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang menerima menghadap beliau di Istana Mahkota, Kuantan pada pukul 10.40 malam.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pula mengumumkan pembubaran DUN Terengganu berkuat kuasa Rabu, kepada pemberita pada pukul 10 malam setelah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memperkenankan pembubaran itu.

Di George Town, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau akan memaklumkan mengenai tarikh pembubaran DUN selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pukul 9.30 pagi Khamis.

Di Kota Baharu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata DUN Kelantan akan tetap dibubar sejajar dengan pembubaran Dewan Rakyat dan beliau tidak akan mengubah perkara itu walaupun kerajaan negeri masih boleh menangguh pembubaran itu.

Nik Abdul Aziz dijadual menghadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Telipot di sini Khamis bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran DUN Kelantan.

Sebelum itu beliau akan menghadiri mesyuarat bersama menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, Selangor Khamis.

Di Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur Khamis berhubung urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Selepas itu barulah beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN.

Sumber : BERNAMA
Read More...