Pages

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

TIGA PILIHANRAYA KECIL BAKAL DIADAKAN DALAM MASA TERDEKAT??



1. NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu. 

Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes. 



2. RAFIZI RAMLI DI MAHKAMAH 10 JUN 2013


Kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Mohd. Rafizi Ramli dan seorang bekas kerani bank yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Jun ini.

Hakim G. Rames menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu rayuan yang dikemukakan oleh Mohd. Rafizi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut akan didengar pada 23 Mei ini.

Mohd. Rafizi, 36, dan Johari Mohamad, 42, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam bela, Michelle Yesudas sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Haziq Razali.

Pada 23 November 2012, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd. Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang.

Mohd. Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lalu atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik.

Pada 1 Ogos 2012, Mohd. Rafizi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun bank tiga syarikat yang terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada konsultan media, Yusof Abdul Alin dan wartawan akhbar The Star, Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa mempunyai akses kepada salinan rumusan akaun Public Bank milik National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), National Meal & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun peribadi Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Mohd. Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya.

Johari yang merupakan bekas kerani (bahagian kredit) Public Bank Bhd. cawangan Jinjang pula didakwa bersubahat dengan Mohd. Rafizi melakukan perbuatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) akta tersebut dibaca bersama Seksyen 97(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.


3. TIAN CHUA DI MAHKAMAH DIJANGKA JUN 2013

UMNO berhak di sisi undang-undang atau mempunyai locus standi untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan dua lagi berhubung artikel diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. yang didakwa mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh pada 15 Mac lalu memfailkan saman terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chiang; Editor portal berkenaan, Fazallah Pit; dan penulis artikel, Aisha Geoffrey.

Menurut Ab. Rauf, hak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen itu memperuntukkan, sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.

Perkara tersebut terkandung dalam afidavit Ab. Rauf bertarikh 7 Mei lalu yang dikemukakan bersama permohonannya untuk membatalkan pembelaan yang difailkan oleh ketiga-tiga mereka pada 23 April lalu.

Ab. Rauf berbuat demikian atas alasan pembelaan mereka tidak mendedahkan klausa pembelaan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan.

Tian Chua dalam pernyataan pembelaan antaranya menyatakan, kenyataannya adalah komen yang wajar dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat demi kepentingan awam berkenaan isu keselamatan negara dan ketelusan media.

Peguam Raihanah Ariffin yang mewakili Ab. Rauf selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, permohonan anak guamnya itu akan didengar pada 12 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop ketika pengurusan kes saman itu di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam S.H. Tan mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pada 15 Mac lalu, Ab. Rauf dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO yang telah dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lalu selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab. Rauf mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan tersebut, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.

*Desas mengesahkan di kalangan peguam senior berkecuali berkata kemungkinan Pilihanraya Kecil akan diadakan di kawasan tersebut. Diharap jentera BN di kawasan terbabit tidak menunggu keputusan Mahkamah baru hendak menggerakkan jentera PRK, sebaliknya dinasihatkan supaya persediaan dibuat awal dari sekarang untuk mengenal pasti keperluan pengundi dan rakyat di kawasan terbabit.

Read More...

Tuesday, 16 April 2013

SENARAI PENUH CALON BN MELAKA #PRU13 #BNMELAKA



Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional Melaka bagi Pilihanraya Umum ke-13 yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Bendahara jam 10.15 pagi tadi.

P134 - Masjid Tanah: Mas Ermieyati Samsudin
N1 - Kuala Linggi: Datuk Ar Ismail Othman 
N2 - Tanjung Bidara: Datuk Ab Karim Sulaiman
N3 - Air Limau: Amiruddin Yusop 
N4 – Lendu: Sulaiman Md Ali
N5 - Taboh Naning: Dato' Latifah Omar

P135 - Alor Gajah: Datuk Koh Nai Kwang
N6 - Rembia: Datuk Norpipah Abdol
N7 – Gadek: Datuk MS Mahadevan
N8 - Machap: Datuk Lai Meng Chong
N9 - Durian Tunggal: Datuk Abd Wahab Latiff
N10 -Asahan: Datuk Wira Abd Ghaffar Atan

P136 - Tangga Batu : Prof Madya Datuk Dr Abu Bakar Md Diah
N11-Sungai Udang: Datuk Wira Ir Idris Haron 
N12-Pantai Kundor: Datuk Ab Rahaman Ab Karim 
N13-Paya Rumput: Sazali Md Din
N14-Klebang: Lim Ban Hong

P137 - Bukit Katil: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
N15 - Bachang: Chua Lian Chai
N16 - Ayer Keroh: Yong Fun Yuan
N17 - Bkt Baru: Karim Yaakob
N18 - Ayer Molek: Datuk Md Yunos Husin

P138 - Kota Melaka: Dr Yee Kok Wah
N19- Kesidang: Lim Eng Teck
N20 - Kota Laksamana: Datuk Chiew Tiang Chai
N21 – Duyong: Datuk Gan Tian Loo
N22 - Bandar Hilir: Ronald Gan
N23 - Telok Emas: Datuk Latiff Thamby Chik

P139 – Jasin: Datuk Ahmad Hamzah
N24 – Bemban: Ng Choon Koon 
N25 – Rim: Datuk Ghazale Mohamad 
N26 – Serkam: Zaidi b Atan
N27 – Merlimau: Roslan Datuk Hj Ahmad
N28 - Sungai Rambai: Datuk Hassan Rahman

Read More...

Thursday, 21 February 2013

Telenovela Hebat Majlis Syura-Karpal Singh Demi Kelangsungan Politik PR.. ?


Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’.   Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.  

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja. 

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja. 

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya. 

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.  

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”. 

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.   Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP. 

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.  Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam. 

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel. 

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran. 

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.  Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’. 
Read More...

Thursday, 29 March 2012

8 Perkara Tentang LYNAS Yang Perlu Kita Tahu...


Perkara 1

  • Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa.
  • Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
  • Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
  • Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
  • Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.

Perkara 2

  • Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
  • Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
  • Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
  • Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
  • Dedahan radiasi menonton tv 4 jam sehari selama setahun (0.02mSv).
  • Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).
Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
  • Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
  • Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
  • Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
  • Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan.
  • Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
  • Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
  • Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
  • Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
  • China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'              
     Kenapa Tidak Kemaman?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman.
  • Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?
  • Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng.
  • Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
  • Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
  • Bekalan air yang mencukupi.
  • Wujud tenaga kerja mahir.
  • Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa.

  • Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
  • Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
  • Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
  • Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
  • Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
  • Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
  • Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).

Perkara 8

Faedah:
  • Kewangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billion. Kos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
  • Tenaga Kerja Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an. Industri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
  • Fasa Pembinaan - Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan. Menyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
  • Aktiviti Perintis- Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.



Sumber : Cucu tok Selampit
Read More...

Wednesday, 7 March 2012

Video Propaganda Anwar Sedang tersebar

ANWAR nampaknya telah mula merasakan kesan dari pelbagai program turun padang bertemu dengan rakyat yang dijalankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Mahyudin Yassin.

Maka itu Anwar tidak mahu ketinggalan juga dengan menerbitkan video propaganda bagi menggambarkan yang dia juga seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti mana Datuk Seri Najib.Konsep yang dipilih untuk penerbitan video tersebut juga sama dengan program turun padang yang dijalankan Datuk Seri Najib.

Kalau Najib naik LRT, dalam video itu Anwar juga naik LRT, Najib minum teh dengan rakyat, Anwar juga minum teh dengan rakyat, Najib salam-salam dengan rakyat, Anwar juga begitu dalam videonya. Semua ini nampak usaha Anwar untuk menyaingi apa yang dibuat Datuk Seri Najib.

Tapi nak tanyalah, apa dah takde idea lain ke, melainkan tiru apa yang dilakukan pemimpin tersohor Barisan Nasional (BN) dan UMNO tersebut? Cubalah cari idea sendiri gamaknya. Naik beca ke, naik basikal ke, tak pun naik kuda.

Jangan naik atas punggung orang lain sudahlah.

Semua ini timbul, dikala macai Anwar dibawah sedang sibuk memperkatakan soal BN meniru banyak benda yang dicadangkan mereka dalam Buku Jingga. Sehingga ada idea supaya Buku Jingga itu dipatenkan, untuk mengelak dari terus ditiru BN.

Idea bodoh siapalah itu ya, lupa pulak tapi tak salah asal dari orang PAS jugaklah.
Ya, yang penting isunya itu sementara macai dibawah galak menuduh kita meniru mereka, Anwar sendiri meniru bulat-bulat apa yang diperbuat Datuk Seri Najib. Why?

Itu menunjukkan bahawa apa yang dibuat Datuk Seri Najib itu ada kesan mendalam kepada rakyat dan ia diakui Anwar serta para penasihat dan perunding imej yahudinya iaitu masing-masing National Democratic Institute (NDI) dan Konrad Adenaeur Foundation (KAF) yang penulis percaya menjadi tulang belakang penerbitan video tersebut.

Kalau tiada kesan, kenapa Anwar perlu tiru ye tak?

Itulah dia Anwar pun dari dulu sampai sekarang pun, mana pernahnya yang datang dari diri sendiri. Kalau tak penasihat dan perunding Yahudi maklumkan kepada dia, dia akan tiru apa yang baik dibuat pemimpin BN dengan sedikit pengubahsuaian di sana sini.

Read More...