
1. NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.
Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi.
Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan...