Pages

Saturday 18 May 2013

DAP, PKR DAN PAS DIJANGKA BAWA HALUAN SENDIRI MENJELANG PRU14


Sebagaimana diketahui ramai, Pakatan Rakyat (PR) sebetulnya tidak wujud secara rasmi kerana sehingga kini pakatan itu gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

PR yang menggabungkan kerjasama rapuh tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS itu hanya wujud secara halusinasi dengan bersandarkan titik temu berkongsi musuh yang sama iaitu BN.

Tiada perlembagaan yang mengikat kerjasama sesama anggotanya dan tidak wujud satu pun logo yang disepakati sebagai lambang rasmi untuk diguna pakai semasa pilihan raya.

Gabungan sebegini tentulah asasnya rapuh dan ada pasang surutnya kerana masing-masing tidak terikat dengan hala tuju yang jelas di masa depan.

Sebab itu untuk sesiapa mendakwa PR memperolehi undi popular ia tidak menepati realiti semasa kerana PR itu tidak wujud secara hakiki melainkan sekadar pakatan yang bekerjasama dengan matlamat yang berbeza-beza.

Keputusan PRU-13 jelas menunjukkan hanya DAP yang benar-benar meraih laba dari pakatan ini sementara PKR dan PAS masing-masing merosot pencapaiannya dari segi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi.




Untuk sementara waktu pakatan ini akan kekal dengan jalinan kerjasama rapuh mereka, tapi sampai suatu masa samada PKR atau PAS akan merasakan diri mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan DAP semata-mata.




Senarionya berbeza jika pakatan ini wujud saling bekerjasama antara satu sama lain secara rasmi diikat dengan perlembagaan, dasar dan logo yang disepakati, nescaya soal pasang surut prestasi masing-masing dihadapi bersama.




Justeru itu, tidak mengejutkan andai menjelang PRU-14 ketiga-tiga parti pembangkang ini akhirnya membawa haluan masing-masing, mengulangi sejarah kerjasama beberapa gabungan tidak rasmi sebelum ini seperti APU, Gagasan rakyat dan Barisan Alternatif.

3 comments:

  1. pru 14 anwar tak bertanding, dia dah tak da duit nak kempen, gaji dia mengajar di luar Negara tak cukup nak kempen,kawan dia srael ke amreka ke dah tak caya kat dia, yang sedihnya pengundi permatang pauh pun dah pusing 180 darjah, ramai ramai pusing tunjuk buntot, kapal dan kesiang dah takda...mungkin bersama dengan niki kut, tidak dapat dikembalikan lagi,..

    ReplyDelete
  2. Mereka bertiga seperti gambar diatas akan dikenang sebagai the 3 stooges PRU13.

    ReplyDelete
  3. 3 stooges.... dalam kenangan..

    ReplyDelete