ANWAR nampaknya telah mula merasakan
kesan dari pelbagai program turun padang bertemu dengan rakyat yang dijalankan
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Mahyudin Yassin.
Maka itu Anwar tidak mahu ketinggalan
juga dengan menerbitkan video propaganda bagi menggambarkan yang dia juga
seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti mana Datuk Seri Najib.Konsep yang
dipilih untuk penerbitan video tersebut juga sama dengan program turun padang
yang dijalankan Datuk Seri Najib.
Kalau Najib naik LRT, dalam video itu
Anwar juga naik LRT, Najib minum teh dengan rakyat, Anwar juga minum teh dengan
rakyat, Najib salam-salam dengan rakyat, Anwar juga begitu dalam videonya.
Semua ini nampak usaha Anwar untuk menyaingi apa yang dibuat Datuk Seri Najib.
Tapi nak tanyalah, apa dah takde idea
lain ke, melainkan tiru apa yang dilakukan pemimpin tersohor Barisan Nasional
(BN) dan UMNO tersebut? Cubalah cari idea sendiri gamaknya. Naik beca ke, naik
basikal ke, tak pun naik kuda.
Jangan naik atas punggung orang lain
sudahlah.
Semua ini timbul, dikala macai Anwar
dibawah sedang sibuk memperkatakan soal BN meniru banyak benda yang dicadangkan
mereka dalam Buku Jingga. Sehingga ada idea supaya Buku Jingga itu dipatenkan,
untuk mengelak dari terus ditiru BN.
Idea bodoh siapalah itu ya, lupa pulak
tapi tak salah asal dari orang PAS jugaklah.
Ya, yang penting isunya itu sementara
macai dibawah galak menuduh kita meniru mereka, Anwar sendiri meniru
bulat-bulat apa yang diperbuat Datuk Seri Najib. Why?
Itu menunjukkan bahawa apa yang dibuat
Datuk Seri Najib itu ada kesan mendalam kepada rakyat dan ia diakui Anwar serta
para penasihat dan perunding imej yahudinya iaitu masing-masing National
Democratic Institute (NDI) dan Konrad Adenaeur Foundation (KAF) yang penulis
percaya menjadi tulang belakang penerbitan video tersebut.
Kalau tiada kesan, kenapa Anwar perlu
tiru ye tak?
Itulah dia Anwar pun dari dulu sampai
sekarang pun, mana pernahnya yang datang dari diri sendiri. Kalau tak penasihat
dan perunding Yahudi maklumkan kepada dia, dia akan tiru apa yang baik dibuat
pemimpin BN dengan sedikit pengubahsuaian di sana sini.
No comments:
Post a Comment