Pages

Friday, 20 April 2012

Sembang Mesra Belia di Kg. Bukit Pulau

Sembang Mesra Belia sekali lagi berjaya berjalan dengan lancar di Kg. Bukit Pulau, Melaka. Majlis santai yang dihadiri lebih 130 orang anak belia ini telah diadakan di perkarangan rumah Sdr. Razak Abu Hasan. Majlis pada malam itu telah dihadiri golongan belia dari Gerakan Belia 4B Caw. Paya Ikan, GB4B Bukit Baru Dalam, GB4B Bukit Baru Kg.ku Sayang, GB4B Taman Desa Baru dan GB4B Bukit Pulau sebagai tuan rumah. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Abd Latiff Mohammad, penggiat belia dan NGO yang aktif di Melaka yang juga mantan Setiausaha Agong Majlis Belia Melaka. Turut hadir Presiden Majlis...
Read More...

Wednesday, 18 April 2012

Sembang Belia di Bachang Darat

Program Sembang Mesra Belia Daerah Melaka Tengah memulakan sesi penjelajahannya dengan siri pertama bermula di Dun Bachang pada malam tadi. Program yang diadakan di perkarangan rumah Saudara Mohd Fauzi Fadellah, Ketua 4B Bachang Darat ini melibatkan 7 persatuan belia iaitu GB4B Bachang Darat selaku tuan rumah, GB4B Pasir Putih, GB4B Sarang Helang, GB4B Seri Mangga, GB4B Tmn. Rumpun Bahagia, MAYC Kubu Harapan dan MAYC Warisan Kg. Lapan. Program dimulakan dengan sesi kerohanian dengan majlis bacaan Yassin yang diketuai oleh Imam Surau Bachang Darat dan diteruskan dengan sesi santai...
Read More...

Monday, 16 April 2012

Jom Jogging ! Melaka Cergas !

Pada setiap hari Ahad, jika tiada aktiviti yang melibatkan beliau di luar Melaka, Ketua Menteri Melaka ini pasti akan muncul di hadapan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir. Program Jogging Melaka Sihat Bersama Ketua Menteri Melaka ini adalah program usahasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta Persatuan Jogging Melaka. Program yang diadakan pada setiap pagi Ahad seawal jam 6.30 pagi ini akan bermula di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dekat Banda Hilir. Program ini telah berlangsung untuk sekian lamanya dan telah menarik minat...
Read More...

Saturday, 14 April 2012

Hulubalang Melaka Ikrar Pertahan Institusi Raja

Bacaan Ikrar Pendekar yang dilafazkan dengan penuh semangat pada Malam Pendekar Melaka baru-baru ini benar-benar membakar semangat anak-anak muda untuk lebih mempunyai jatidiri yang tinggi. Perhimpunan yang melibatkan lebih 2600 pesilat dari 60 perguruan itu telah diadakan di padang Dataran Pahlawan dekat Banda Hilir. Himpunan yang menyatukan ribuan anak-anak silat dari pelbagai perguruan itu merupakan manifestasi kepada semangat kepahlawanan anak bangsa yang sedia bangkit mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara dari anasir yang cuba mengganggu gugat keamanan negara. Malam penuh...
Read More...

Saturday, 7 April 2012

Sembang Mesra Belia Dun Serkam Melaka

Semangat dan sokongan generasi muda Melaka yang tidak berbelah bagi  terhadap aktiviti belia sekali lagi diterjemahkan pada Program Sembang Mesra Belia Dun Serkam yang diadakan baru-baru ini. Program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Majlis Gerakan Belia Daerah Jasin kali ini telah diadakan di Balairaya Kg. Serkam Darat, Melaka.  Program sembang mesra belia ini telah dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.  Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Pn. Liew Poh Fong; Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin,...
Read More...

Wednesday, 4 April 2012

Mahasiswa Wajib Berfikir Secara Rasional, Bukan Emosional.

Mahasiswa pintar biasanya tepat dan bijak dalam berbicara, mempunyai ketepatan berfikir dan ketepatan bertindak. Mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang sengaja memburuk-burukkan segala dasar dan pelaksanaan kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Tindak tanduk mahasiswa yang keterlaluan juga secara jelas mampu menjejaskan nama baik universiti dan ketenteraman awam negara ini. Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Mohd Ali Rustam Melaka merangkap Penaung Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Mahasiswa...
Read More...