Pages

Saturday, 18 May 2013

TIGA PILIHANRAYA KECIL BAKAL DIADAKAN DALAM MASA TERDEKAT??

1. NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013 Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.  Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi. Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan...
Read More...

DAP, PKR DAN PAS DIJANGKA BAWA HALUAN SENDIRI MENJELANG PRU14

Sebagaimana diketahui ramai, Pakatan Rakyat (PR) sebetulnya tidak wujud secara rasmi kerana sehingga kini pakatan itu gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).PR yang menggabungkan kerjasama rapuh tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS itu hanya wujud secara halusinasi dengan bersandarkan titik temu berkongsi musuh yang sama iaitu BN.Tiada perlembagaan yang mengikat kerjasama sesama anggotanya dan tidak wujud satu pun logo yang disepakati sebagai lambang rasmi untuk diguna pakai semasa pilihan raya.Gabungan sebegini tentulah asasnya rapuh dan ada pasang surutnya kerana masing-masing...
Read More...

Friday, 17 May 2013

YB KHAIRY JAMALUDDIN MENTERI UNTUK SEMUA

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengajak semua pihak untuk melihat kehadapan dan berhenti mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi mengalas mandat yang telah diberi rakyat. Beliau yang melapor diri hari pertama sebagai Menteri Belia dan Sukan (KBS) hari ini turut berkata, semua pemimpin yang dipilihan jangan ada rasa untuk membalas dendam dan mengalas tanggungjawab tanpa prejudis. "Saya juga harap pembangkang akan terima keputusan PRU13, kerana rakyat dan negara perlu bergerak kehadapan, kalau ada perkara yang tidak dipersetujui bawa ke mahkamah. "Jangan heret...
Read More...

UMAT ISLAM DIBERITAHU HARAM UNTUK MEMBANTAH TANPA IKUT SALURAN SAH

Umat Islam di Malaysia diberitahu haram bagi mereka untuk menderhaka dan memerangi pemerintah seperti membantah tanpa mengikut saluran yang sah kata khutbah Jumaat hari ini.Dalam khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu, umat Islam juga diingatkan perintah mentaati pemerintah termasuk mentaati para petugas yang menjaga keamanan dan keselamatan seperti pasukan polis.“Menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram,” tulis khutbah bertajuk “Guru Malaysia: Satu Aspirasi Satu Agenda” yang boleh didapati di laman sesawang JAKIM hari ini.“Termasuk...
Read More...

HIMPUNAN HALAL UNTUK BELIA MALAYSIA DI PUTRAJAYA!! JOM ANAK MUDA!!

Acara himpunan terbesar untuk orang muda kini semakin hampir...  Festival Belia Putrajaya 2013....  23 - 26 Mei 2013...  Dengan ribuan aktiviti sepanjang 4 hari, pastinya ini peluang terbaik untuk golongan belia berhimpun dan sama-sama meriakannya.. JOMMM...
Read More...

Tuesday, 16 April 2013

SENARAI PENUH CALON BN MELAKA #PRU13 #BNMELAKA

Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional Melaka bagi Pilihanraya Umum ke-13 yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Bendahara jam 10.15 pagi tadi. P134 - Masjid Tanah: Mas Ermieyati Samsudin N1 - Kuala Linggi: Datuk Ar Ismail Othman  N2 - Tanjung Bidara: Datuk Ab Karim Sulaiman N3 - Air Limau: Amiruddin Yusop  N4 – Lendu: Sulaiman Md Ali N5 - Taboh Naning: Dato' Latifah Omar P135 - Alor Gajah: Datuk Koh Nai Kwang N6 - Rembia: Datuk Norpipah Abdol N7 – Gadek: Datuk MS Mahadevan N8 - Machap: Datuk...
Read More...

SENARAI PENUH CALON #BNKEDAH #PRU13

Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Kedah. P04 Langkawi - Datuk Nawawi Ahmad N1 Ayer Hangat - Mohd Rawi Abdul Hamid N2 Kuah -  Norsaidi Nayan P05 Jerlun - Datuk Othman Aziz N3 Kota Siputeh - Datuk Abu Hasan Sarif N4 Ayer Hitam - Datuk Mukhriz Mahathir P06 Kubang Pasu - Datuk Johari Baharom N5 Bukit Kayu Hitam - Ahmad Zaini Japar N6 Jitra - Amiruddin Omar P07 Padang Terap - Datuk Seri Mahdzir Khalid N7 Kuala Nerang - Badrul Hisham N8 Pedu - Kama Nooriah Ibrahim Pokok Sena - Datuk Sahlan Ismail Bukit Lada - Ahmad Lebai Sudin Bukit Pinang - Mokhtar...
Read More...

SENARAI PENUH CALON PRU13 BNSELANGOR #BN4Selangor #betternation

Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) negeri Selangor yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini. PARLIMEN: 1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA) 2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA) 3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA) 4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA) 5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA) 6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA) 7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA) 8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang 9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu 10. Gombak - Raman Ismail (UMNO) 11....
Read More...

Thursday, 4 April 2013

Dewan Rakyat Dan Enam DUN Kerajaan BN Bubar Untuk #PRU13

Pembubaran Dewan Rakyat pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diikuti dengan pembubaran enam Dewan Undangan Negeri yang dikuasai Barisan Nasional. Dengan pembubaran DUN di negeri-negeri itu, hanya satu daripada lapan negeri yang dikuasai BN dan yang akan terlibat dalam PRU-13 ini iaitu Johor, yang belum membubarkan DUNnya dan dijangka berbuat demikian dalam masa terdekat. DUN Negeri Sembilan yang juga dikuasai BN telah terbubar secara sendiri pada 28 Mac lalu. Negeri-negeri...
Read More...

Thursday, 21 February 2013

Telenovela Hebat Majlis Syura-Karpal Singh Demi Kelangsungan Politik PR.. ?

Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’.   Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.   Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.  Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah...
Read More...

Saturday, 16 February 2013

Jangan "Jahilkan" Isu Lynas...!

Ada puak yang membantah secara membabi buta sahaja demi kepentingan Politik individu tertentu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya. Macam puak - puak Anti-Lynas tu la yang diketuai oleh Si Fuziah 'Reaktor' tu. Tujuan dia ialah untuk memporak - perandakan keadaan dan menimbulkan huru hara semata - mata. Satu puak lagi membantah campur tangan puak - puak Anti-Lynas ni dalam usaha panel bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan dari menjalankan tugas mereka. Bagi puak - puak ini, isu ini bukan lagi soal Politik Si Fuziah 'Reaktor' tu sahaja. Tetapi demi mendapatkan Kebenaran mengenai...
Read More...

Friday, 15 February 2013

Video Yang Pakatan Rakyat Tak Mahu Tengok!!!

...
Read More...

Lim Guan Eng Menyokong Pekida???

MEMANG agak pelik bunyinya, tetapi itulah hakikat. Mungkin juga pengaruh PSY penyanyi lagu Oppa Gangnam Style ini telah menjadikan Lim Guan Eng hilang akal . Sepertimana umum mengetahuinya, BN Pulau Pinang akan mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina dan penampilan istimewa PSY akan menjadi tumpuan utama didalam majlis berkenaan. Situasi ini sesungguhnya amat tidak menyenangkan DAP terutamanya Ketua Menteri Pulau Pinang, ‘Tokong’ Lim Guan Eng. Sebelum ini, amat heboh diwar-warkan di media kononnya sambutan hangat di channel Youtube yang mencecah 100 juta penonton yang telah...
Read More...

Sunday, 3 February 2013

Himpunan 100,000 orang - Melaka Negeri Sukarelawan !! #MyBeautiful

Hampir 100 000 orang sukarelawan dari seluruh Melaka membanjiri persisiran Sungai Melaka untuk aktiviti kesukarelaan semalam.Program yang diberi nama “My Beautiful Malaysia 2013 Peringkat Negeri Melaka” itu meliputi aktiviti gotong-royong menanam pokok, membina pondok wakaf dan membersihkan kawasan persisiran Sungai Melaka. Kawasan tumpuan adalah sejauh 10 kilometer bermula dari Kunci Air Batu Hampar hingga Gangsa.Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang hadir awal pagi hingga tamat program berkata, program kesukarelaan yang dijalankan pada hari ini merupakan satu lagi inisiatif...
Read More...