Sembang Mesra Belia sekali lagi berjaya berjalan dengan lancar di Kg.
Bukit Pulau, Melaka. Majlis santai yang dihadiri lebih 130 orang anak
belia ini telah diadakan di perkarangan rumah Sdr. Razak Abu Hasan.
Majlis pada malam itu telah dihadiri golongan belia dari Gerakan Belia
4B Caw. Paya Ikan, GB4B Bukit Baru Dalam, GB4B Bukit Baru Kg.ku Sayang,
GB4B Taman Desa Baru dan GB4B Bukit Pulau sebagai tuan rumah.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Abd Latiff Mohammad, penggiat belia
dan NGO yang aktif di Melaka yang juga mantan Setiausaha Agong Majlis
Belia Melaka. Turut hadir Presiden Majlis...
Friday, 20 April 2012
Sembang Mesra Belia di Kg. Bukit Pulau
Wednesday, 18 April 2012
Sembang Belia di Bachang Darat
Program Sembang Mesra Belia Daerah Melaka
Tengah memulakan sesi penjelajahannya dengan siri pertama bermula di Dun
Bachang pada malam tadi.
Program yang diadakan di perkarangan rumah
Saudara Mohd Fauzi Fadellah, Ketua 4B Bachang Darat ini melibatkan 7
persatuan belia iaitu GB4B Bachang Darat selaku tuan rumah, GB4B Pasir
Putih, GB4B Sarang Helang, GB4B Seri Mangga, GB4B Tmn. Rumpun Bahagia,
MAYC Kubu Harapan dan MAYC Warisan Kg. Lapan.
Program dimulakan dengan sesi kerohanian
dengan majlis bacaan Yassin yang diketuai oleh Imam Surau Bachang Darat
dan diteruskan dengan sesi santai...
Monday, 16 April 2012
Jom Jogging ! Melaka Cergas !
Pada setiap hari Ahad, jika tiada aktiviti yang melibatkan beliau di
luar Melaka, Ketua Menteri Melaka ini pasti akan muncul di hadapan
Memorial Pengistiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir.
Program Jogging Melaka Sihat Bersama Ketua Menteri Melaka ini adalah
program usahasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Melaka serta Persatuan Jogging Melaka. Program yang diadakan pada
setiap pagi Ahad seawal jam 6.30 pagi ini akan bermula di hadapan
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dekat Banda Hilir.
Program ini telah berlangsung untuk sekian lamanya dan telah menarik
minat...
Saturday, 14 April 2012
Hulubalang Melaka Ikrar Pertahan Institusi Raja
Bacaan Ikrar Pendekar yang dilafazkan dengan penuh semangat pada
Malam Pendekar Melaka baru-baru ini benar-benar membakar semangat
anak-anak muda untuk lebih mempunyai jatidiri yang tinggi.
Perhimpunan yang melibatkan lebih 2600 pesilat dari 60 perguruan itu
telah diadakan di padang Dataran Pahlawan dekat Banda Hilir. Himpunan
yang menyatukan ribuan anak-anak silat dari pelbagai perguruan itu
merupakan manifestasi kepada semangat kepahlawanan anak bangsa yang
sedia bangkit mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara dari anasir
yang cuba mengganggu gugat keamanan negara.
Malam penuh...
Saturday, 7 April 2012
Sembang Mesra Belia Dun Serkam Melaka

Semangat dan sokongan generasi muda Melaka yang tidak
berbelah bagi terhadap aktiviti belia
sekali lagi diterjemahkan pada Program Sembang Mesra Belia Dun Serkam yang
diadakan baru-baru ini.
Program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Melaka dan Majlis Gerakan Belia Daerah Jasin kali ini telah diadakan di
Balairaya Kg. Serkam Darat, Melaka.
Program sembang mesra belia ini telah dihadiri oleh Ketua
Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Pn. Liew Poh Fong;
Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin,...
Wednesday, 4 April 2012
Mahasiswa Wajib Berfikir Secara Rasional, Bukan Emosional.

Mahasiswa pintar biasanya tepat dan bijak
dalam berbicara, mempunyai ketepatan berfikir dan ketepatan bertindak. Mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah
pembangkang yang sengaja memburuk-burukkan segala dasar dan pelaksanaan
kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Tindak tanduk mahasiswa yang
keterlaluan juga secara jelas mampu menjejaskan nama baik universiti dan
ketenteraman awam negara ini.
Ketua
Menteri Melaka, YAB Datuk Mohd Ali Rustam Melaka
merangkap Penaung Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia berkata
demikian ketika merasmikan Perhimpunan Mahasiswa...
Subscribe to:
Posts (Atom)