Mahasiswa pintar biasanya tepat dan bijak
dalam berbicara, mempunyai ketepatan berfikir dan ketepatan bertindak. Mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah
pembangkang yang sengaja memburuk-burukkan segala dasar dan pelaksanaan
kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Tindak tanduk mahasiswa yang
keterlaluan juga secara jelas mampu menjejaskan nama baik universiti dan
ketenteraman awam negara ini.
Ketua
Menteri Melaka, YAB Datuk Mohd Ali Rustam Melaka
merangkap Penaung Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia berkata
demikian ketika merasmikan Perhimpunan Mahasiswa Sayang 1Malaysia Negeri Melaka. Program anjuran Pertubuhan Belia Pemikir Muda
Malaysia ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Turut
hadir Speaker Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Hj. Othman bin Muhamad
; Timbalan Naib Canselor UTEM, Prof. Dr. Marizan Sulaiman ; Rektor UiTM Melaka, Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hj. Hitam dan Presiden Pertubuhan
Belia Pemikir Muda Malaysia ; Saudara Mohd Rafiq Naizamohideen.
Tambahnya lagi,
sebagai kerajaan yang prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat, kerajaan
sedia mendengar ketidakpuasan, rungutan, cadangan dan idea mahasiswa serta
melakukan penambahbaikan sekiranya perlu.
Ini sejajar dengan
matlamat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan berpendidikan tinggi yang
menjadi harapan serta tonggak negara khususnya mahasiswa yang bijak berfikir
dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara
tercapai.
Beliau juga
menyelar tindakan sesetengah pihak yang sanggup menabur janji palsu kepada
golongan mahasiswa demi kepentingan politik. Namun beliau yakin dan percaya
akan kebijaksanaan mahasiswa untuk menilai sesuatu isu itu dengan berpaksikan
fakta dan tidak berlandaskan emosi semata-mata.
Kehadiran
lebih 3,000 mahasiswa dari beberapa IPTA/IPTS seperti UiTM, KUIM, UTEM, MMU Cyberjaya & Melaka,
Politeknik Melaka, Kolej Komuniti dan Kolej Professional MARA ini jelas menandakan golongan mahasiswa juga menyokong Gagasan 1
Malaysia yang di pelopori oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul
Razak,Perdana Menteri Malaysia.
Program yang dikendalikan oleh personaliti TV3, Ally
Iskandar ini telah menutup tirai pada
jam 7.00 petang.
No comments:
Post a Comment