Nama Sekolah Henry Gurney Telok Mas bukanlah nama yang
asing bagi rakyat Malaysia. Sekolah yang mula beroperasi pada tahun 1950 ini
juga pernah menjadi lokasi penggambaran dalam filem Gila-Gila Remaja. Sekolah
ini menempatkan pesalah juvana dan muda yang penulis yakin mereke juga berhak
untuk mempunyai
masa depan yang cerah dan merupakan aset penting untuk mencorakkan masa depan
pembangunan dan kesejahteraan negara.
Melalui Pelan Pemulihan Jabatan Penjara
iaitu Pelan Pembangunan Insan, semua penghuni sekolah Henry Gurney akan
terlibat dengan berbagai aktiviti berbentuk pembinaan displin, moral,
kerohanian, kaunseling, latihan kemahiran vokasional secara bersijil, akademik
dan lain-lain lagi.
‘ Jabatan
Penjara amat menitikberatkan potensi pelajar di Institusi Penjara ini kerana
golongan belia adalah pemangkin kepada pembangunan negara dan tingkahlaku serta
corak pemikiran mereka hari ini akan menentukan hala tuju negara di masa
hadapan. ’ ujar Datuk Haji Hassan Sakimon, TKP
Penjara Malaysia. Beliau berkata demikian ketika ucaptama merasmikan pelancaran
program Remaja Perdana Rakan Muda, kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara dan
Jabatan Penjara Malaysia.
Jalinan kerjasama ini merupakan signifikan ekoran daripada perluasan skop Program
Remaja Perdana Rakan Muda bagi mencapai kumpulan sasaran remaja di Institusi
Penjara sebagai salah satu alternatif pemulihan.
Program
pemulihan remaja pertama kali diperkenalkan dalam Skim Anugerah ini pada tahun
1980 di United Kingdom. Kesan yang amat besar terhadap remaja ditahan di pusat
pemulihan dengan menunjukkan pengurangan dari segi recidivism. Berlaku penurunan sebanyak 75% terhadap kecederungan
untuk kembali melalukan kesalahan juvana di Scotland; di Kenya 0% daripada
peserta Anugerah ditahan semula setelah dibebaskan dari pusat pemulihan remaja.
Bersesuaian
dengan inisiatif pihak Kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara dalam
konteks mengurangkan jenayah, golongan belia remaja dalam institusi ini tidak
ketinggalan bahkan turut diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Kerajaan
untuk didedahkan dengan peluang yang sama seperti remaja-remaja yang lain.
Peluang ini
disediakan sebagai landasan bagi menerapkan pembangunan diri yang positif
seterusnya mempersediakan golongan ini untuk menyumbang khidmat bakti kepada
bangsa dan negara setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat suatu hari
nanti.
Seramai 35 orang peserta Projek Perintis Program Remaja Perdana Rakan Muda
dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka akan mengikuti Program ini melalui jalinan
kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negara dan adalah
diharapkan agar dapat memberi nilai tambah kepada remaja di Institusi Penjara
terutama sekali dalam pembangunan diri dan meningkatkan jati diri mereka
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat.
Penulis memetik ucapan YAB Perdana
Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2012 `Apa yang diusahakan hari ini bukanlah untuk kita. Potensi golongan
belia mestilah digembeleng dan dioptimumkan, idealisma mereka harus digilap,
kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka harus terus dibajai’
No comments:
Post a Comment