Peluang untuk rakyat bersemuka ‘muka ke muka’ dengan pemegang tampuk kerajaan sesebuah
negeri adalah agak sukar di sesetengah
tempat. Namun ianya tidaklah sesukar mana jika tampuk itu diterajui oleh
pemimpin yang setiap hari turun padang
seperti di Melaka.
Bertempat
di perkarangan Hang Tuah Cafe, Sesi Kopi
Tarik Santai Laman Portal dan Media Sosial YAB Ketua Menteri Melaka bersama
warga mahasiswa dan pengguna media sosial telah menarik himpunan ratusan
mahasiswa.
Program
anjuran Bhg. Teknologi Maklumat, Jab. Ketua Menteri Melaka, Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung NegeriMelaka dan Hang Tuah Cafe ini telah dijadikan medium golongan
mahasiswa untuk berkongsi pandangan dan menyuarakan persoalan secara terus ke
pihak tertinggi kerajaan negeri.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd
Ali Rustam berkata, sesi kopi tarik ini adalah tempat yang paling tepat
untuk menyuarakan permasalahan berbanding mengadakan demonstrasi jalanan
seperti yang berlaku di UPSI hujung tahun lalu.
“Melaka telah dan akan terus
menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan tenang selaras dengan hasrat
untuk melahirkan golongan graduan yang berkualiti dan mempunyai tahap
kebolehpasaran yang tinggi” kata beliau sebelum memulakan sesi dialog.
Penulis merasakan kredibiliti dan gaya
kepimpinan serta keintelektualan YAB Mohd Ali perlu dituruti oleh para
mahasiswa . Malah beliau merupakan pemimpin yang paling konsisten mengamalkan
konsep pemimpin turun padang. Setelah
kejayaan Melaka mendapatkan pengiktirafan Negeri Maju oleh OECD pada tahun
2010, kini sekali martabat Melaka diangkat melalui pengiktirafan oleh media
antarabangsa, New York Times yang telah meletakkan Melaka di tempat ke-28 yang
wajar dan wajib dilawati oleh pelancong dunia.
Segala permasalahan dan perbincangan
yang diutarakan oleh para mahasiswa pada sesi santai itu telah diberikan
perhatian sepenuhnya oleh YAB Ketua Menteri.
Tambah beliau lagi Melaka kini
mempunyai sejumlah 9 universiti dengan lebih 70,000 orang pelajar dan yang
terbaru, Universiti Lim Kok Wing bakal membuka cawangannya di Melaka.
“Ini adalah hasil limpahan dari Dasar
Ekonomi Baru yang diperkenalkan untuk menyeimbangkan masyarakat. Dasar ini
membolehkan ramai dari kalangan anak-anak kita hari ini melanjutkan pengajian
ke pelbagai universiti dan menjadi pemimpin negara,” ujar beliau sebelum
menutup bicara pada pukul 1.00 pagi.
No comments:
Post a Comment