Pages

Friday, 20 April 2012

Sembang Mesra Belia di Kg. Bukit Pulau

Sembang Mesra Belia sekali lagi berjaya berjalan dengan lancar di Kg. Bukit Pulau, Melaka. Majlis santai yang dihadiri lebih 130 orang anak belia ini telah diadakan di perkarangan rumah Sdr. Razak Abu Hasan. Majlis pada malam itu telah dihadiri golongan belia dari Gerakan Belia 4B Caw. Paya Ikan, GB4B Bukit Baru Dalam, GB4B Bukit Baru Kg.ku Sayang, GB4B Taman Desa Baru dan GB4B Bukit Pulau sebagai tuan rumah. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Abd Latiff Mohammad, penggiat belia dan NGO yang aktif di Melaka yang juga mantan Setiausaha Agong Majlis Belia Melaka. Turut hadir Presiden Majlis...
Read More...

Wednesday, 18 April 2012

Sembang Belia di Bachang Darat

Program Sembang Mesra Belia Daerah Melaka Tengah memulakan sesi penjelajahannya dengan siri pertama bermula di Dun Bachang pada malam tadi. Program yang diadakan di perkarangan rumah Saudara Mohd Fauzi Fadellah, Ketua 4B Bachang Darat ini melibatkan 7 persatuan belia iaitu GB4B Bachang Darat selaku tuan rumah, GB4B Pasir Putih, GB4B Sarang Helang, GB4B Seri Mangga, GB4B Tmn. Rumpun Bahagia, MAYC Kubu Harapan dan MAYC Warisan Kg. Lapan. Program dimulakan dengan sesi kerohanian dengan majlis bacaan Yassin yang diketuai oleh Imam Surau Bachang Darat dan diteruskan dengan sesi santai...
Read More...

Monday, 16 April 2012

Jom Jogging ! Melaka Cergas !

Pada setiap hari Ahad, jika tiada aktiviti yang melibatkan beliau di luar Melaka, Ketua Menteri Melaka ini pasti akan muncul di hadapan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir. Program Jogging Melaka Sihat Bersama Ketua Menteri Melaka ini adalah program usahasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta Persatuan Jogging Melaka. Program yang diadakan pada setiap pagi Ahad seawal jam 6.30 pagi ini akan bermula di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dekat Banda Hilir. Program ini telah berlangsung untuk sekian lamanya dan telah menarik minat...
Read More...

Saturday, 14 April 2012

Hulubalang Melaka Ikrar Pertahan Institusi Raja

Bacaan Ikrar Pendekar yang dilafazkan dengan penuh semangat pada Malam Pendekar Melaka baru-baru ini benar-benar membakar semangat anak-anak muda untuk lebih mempunyai jatidiri yang tinggi. Perhimpunan yang melibatkan lebih 2600 pesilat dari 60 perguruan itu telah diadakan di padang Dataran Pahlawan dekat Banda Hilir. Himpunan yang menyatukan ribuan anak-anak silat dari pelbagai perguruan itu merupakan manifestasi kepada semangat kepahlawanan anak bangsa yang sedia bangkit mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara dari anasir yang cuba mengganggu gugat keamanan negara. Malam penuh...
Read More...

Saturday, 7 April 2012

Sembang Mesra Belia Dun Serkam Melaka

Semangat dan sokongan generasi muda Melaka yang tidak berbelah bagi  terhadap aktiviti belia sekali lagi diterjemahkan pada Program Sembang Mesra Belia Dun Serkam yang diadakan baru-baru ini. Program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Majlis Gerakan Belia Daerah Jasin kali ini telah diadakan di Balairaya Kg. Serkam Darat, Melaka.  Program sembang mesra belia ini telah dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.  Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Pn. Liew Poh Fong; Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin,...
Read More...

Wednesday, 4 April 2012

Mahasiswa Wajib Berfikir Secara Rasional, Bukan Emosional.

Mahasiswa pintar biasanya tepat dan bijak dalam berbicara, mempunyai ketepatan berfikir dan ketepatan bertindak. Mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang sengaja memburuk-burukkan segala dasar dan pelaksanaan kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Tindak tanduk mahasiswa yang keterlaluan juga secara jelas mampu menjejaskan nama baik universiti dan ketenteraman awam negara ini. Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Mohd Ali Rustam Melaka merangkap Penaung Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Mahasiswa...
Read More...

Thursday, 29 March 2012

8 Perkara Tentang LYNAS Yang Perlu Kita Tahu...

Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE ...
Read More...

Wednesday, 28 March 2012

PASBERG

 Yam senggggg !!!! sumber : taiping mal...
Read More...

PAS dan Yahudi dan Zionis dan Israel... haram atau halal????

Setelah Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat menyatakan yang beliau “menyokong usaha melindungi Negara Israel”, dengan tidak semena-mena, Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan, “Umat Islam boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi yang tidak berpandangan Zionis.”  Dan kemudiannya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata pula bahwa, “Yahudi tetap haram dan apa bentuk urus niaga dengan mereka menghasilkan sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung umat Islam Palestin”. Tetapi, kemudian lagi pula, Nasruddin menafikan kenyataannya...
Read More...

Tuesday, 27 March 2012

Kerjasama Strategik Untuk Program Pemulihan Remaja

Nama Sekolah Henry Gurney Telok Mas bukanlah nama yang asing bagi rakyat Malaysia. Sekolah yang mula beroperasi pada tahun 1950 ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran dalam filem Gila-Gila Remaja. Sekolah ini menempatkan pesalah juvana dan muda yang penulis yakin mereke juga berhak untuk mempunyai masa depan yang cerah dan merupakan aset penting untuk mencorakkan masa depan pembangunan dan kesejahteraan negara.  Melalui Pelan Pemulihan Jabatan Penjara iaitu Pelan Pembangunan Insan, semua penghuni sekolah Henry Gurney akan terlibat dengan berbagai aktiviti berbentuk pembinaan...
Read More...

YAB Ketua Menteri Melaka Turun Padang Jumpa Mahasiswa.

 Peluang untuk rakyat bersemuka ‘muka ke muka’  dengan pemegang tampuk kerajaan sesebuah negeri  adalah agak sukar di sesetengah tempat. Namun ianya tidaklah sesukar mana jika tampuk itu diterajui oleh pemimpin yang setiap hari turun padang seperti di Melaka. Bertempat di perkarangan Hang Tuah Cafe,  Sesi Kopi Tarik Santai Laman Portal dan Media Sosial YAB Ketua Menteri Melaka bersama warga mahasiswa dan pengguna media sosial telah menarik himpunan ratusan mahasiswa. Program anjuran Bhg. Teknologi Maklumat, Jab. Ketua Menteri Melaka, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung...
Read More...

Monday, 26 March 2012

Ayuh Bangkit Orang Muda!!

“ Din, ko dah cantas lom pokok-pokok kat depan tu??? “ “Aku dah cantas dah Bijan, baru orang suka tengok “ Aktiviti mencantas pokok memerlukan penelitian dan kepakaran yang tersendiri. Tersalah cantas boleh menyebabkan mata yang memandang terasa jelik. Proses untuk mendapatkan kembali bentuk rimbun yang baru pasti mengambil masa. Begitu juga dalam suasana politik semasa, aktiviti mencantas itu diertikan dengan istilah politik cantas.  Dalam erti kata lain ialah politik yang saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau seperjuangan. Penulis...
Read More...

Wednesday, 14 March 2012

Hamas beralih arah ????

Ape cerita Brader Anu??? Satu Melaka PKR tabur banner Ceramah bersama Wakil HAMAS di Bachang kunnon,,habuk pon tarak... Sembang je sbab nk tarik crowd kikikikiki dasar cicak mengkaronggg.... Rupa-rupanya..... wakil HAMAS berkunjung ke Pejabat UMNO dan mengeluarkan kenyataan TIDAK PERNAH bekerjasama dengan Brader Anu... aduhhh kompom Brader Anu kcik hati kakaka ...
Read More...

Sunday, 11 March 2012

Pemuda Bachang tolak Anu-war

Petang yang mendung tapi bakal panas di Melaka pada malamnya..... Selamat datang Anwar ibrahim Al-Juburi ke Bachang... Anda akan ditentang habis-habisan oleh Pemuda... hmmm Sam Ketot pun ada.. Orang Melaka rindu lu bro... lu siap bawak wakil HAMAS yer.. (wakil HAMAS yang x diiktiraf oleh HAMAS??????)...
Read More...